Muslimat Johor suntik semangat anggota Zon 1

- Advertisement -

PAGOH: Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah mengadakan Ziarah Mahabbah yang dilangsungkan di Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kampung Parit Medan, Kundang Ulu Tangkak, di sini semalam.

- Advertisement -

Ianya melibatkan pertemuan antara pimpinan Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Johor bersama anggota Muslimat PAS dari Zon 1 meliputi Kawasan Ledang, Muar, Bakri, Pagoh, Labis, Segamat dan Sekijang.

Selain mengeratkan ukhuwah, program ini maklum Timbalan Ketua Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman, sebagai kunjung bantu bagi menyelaraskan maklumat antara kawasan dan mengemaskini struktur organisasi.

Ketua Muslimat PAS Johor, Fatimah Ismail dalam ucapannya menyuntik motivasi seluruh anggota yang hadir terhadap erti perjuangan didukung bahawa ianya sebahagian daripada ibadah di dalam Islam.

Oleh itu katanya, kehadiran mereka termasuk di dalam program ini bukanlah sia-sia, tetapi manifestasi keimanan kepada Allah untuk bergerak kerja mengangkat dan meninggikan kalimah-Nya menerusi perjuangan ini.

Namun peringat beliau, kunci kepada hakikat kemenangan perjuangan ini sama ada di dunia mahupun akhirat adalah mencapai keredhaan Ilahi dengan mengikhlaskan sepenuh diri kepada Allah S.W.T.

Beliau turut memetik nasihat Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor bahawa PAS bukanlah tempat untuk orang yang bermotif dunia, tetapi menghimpunkan para pemburu akhirat. – HARAKAHDAILY 5/10/2019

- Advertisement -