DACS Gombak sambut Bulan Sukan Negara

- Advertisement -

GOMBAK: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Gombak telah melancaran kempen Bulan Sukan Negara (BSN) di gelanggang Futsal Sinamek Sri Gombak, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Mohammad Fadzli Abu Bakar yang juga Timbalan Pengarah DACS Pemuda PAS Malaysia.

Beliau menyeru DACS Kawasan-kawasan menjalankan pelbagai aktiviti sukan bersama anak muda tempatan sebanyak mungkin bagi mengeratkan lagi ukhuwah bersama Pemuda PAS.

Menurutnya, kempen BSN menggalakkan anak muda agar kekal aktif dalam bersukan dan bersenam seiring sunnah Rasulullah yang menggalakkan ummatnya bersukan.

“Kami mengharapkan selama kempen BSN ini dijalankan, kita selaku duta anak muda (Pemuda PAS) dapat menunjukkan contoh yang baik dengan mengenakan pakaian menutup aurat dan mengikut syariat Islam dan membuktikan Islam itu mudah dan indah walaupun dalam bersukan,” ujar Fadzli.

Pengerusi DACS Kawasan Gombak, Mohd Afif Abd Aziz berharap DACS di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Gombak iaitu Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua dapat menyusun inisiatif kempen ini.

Terdahulu DACS Selangor melancarkan kempen ‘Hari Jumaat Hari DACS’ sebagai usaha menjalankan pembagai aktiviti sukan atau kebudayaan sebagai simbolik kepada kempen tersebut. – HARAKAHDAILY 2/10/2019

IMG 20191002 WA0006

- Advertisement -