Veteran Umno diundang pelancaran Assabiqun

- Advertisement -

KOTA BHARU: Veteran Umno turut diundang menghadiri pelancaran Sidang Assabiqun Malaysia yang dijangka diadakan 5 Oktober depan di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

- Advertisement -

Pengerusinya, Subky Abdul Latiff berkata, program diadakan secara santai itu akan diisi dengan kenduri rakyat serta ucapan pemimpin PAS dan Umno.

Katanya Kelantan dipilih sebagai tuan rumah sebagai usaha menghargai jasa serta peranan golongan veteran berusia 55 tahun ke atas yang masih mendukung perjuangan PAS.

“Mereka bergerak di peringkat negeri, kawasan dan cawangan sejak dahulu sehingga sekarang. Jadi untuk mengenang jasa mereka kita adakan hari Assabiqun agar mereka terus bersama PAS.

“Pelancaran diadakan di Kelantan, selepas ini akan diadakan di setiap negeri. Kita jemput golongan tersebut sebagai peserta pada Hari Assabiqun,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah di di Kota Darulnaim hari ini.

Turut hadir Setiausaha Sidang Assabiqun Malaysia, Mohamad Noor Mohamad,  ahli jawatankuasa Dato’ Abdul Hadi Awang Kechik dan ahli jawatankuasa Assabiqun Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh. – HARAKAHDAILY 24/9/2019

- Advertisement -