DACS dan NGO santuni Orang Asal Ulu Kampar

- Advertisement -

GOPENG: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan program kebajikan ke Perkampungan Orang Asal di Ulu Kampar, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program dikendalikan di bawah Alternative 4×4 Club (A4C) itu telah melibatkan sama NGO Islamic Education and Research Academy (IERA) dan Institute Dakwah and Training (IDT).

IERA dan IDT merupakan NGO dakwah antarabangsa yang aktif merantau di perkampungan dan pedalaman seluruh Asia menyuburkan dakwah Islamiyah.

Menerusi inisiatif ini, masyarakat Orang Asal akan diberikan kefahaman mengenai Islam selain sumbangan kebajikan kepada lebih 300 rumah penduduk yang 90 peratus beragama Kristian.

Hadir sama bersama para sukarelawan program ini adalah Pengarah DACS, Ustaz Hafez Sabri dan Pengarah A4C Malaysia, Zulkarnain Abdullah serta Pengarah DACS Negeri Perak, Abdul Hadi Azman. – HARAKAHDAILY 23/9/2019

- Advertisement -