PAS Kluang timba pengalaman di Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: PAS Kawasan Kluang dipimpin Yang DiPertua, Khairul Faizi Ahmad Kamil telah mengadakan lawatan ke negeri Terengganu, semalam.

- Advertisement -

Antaranya mengadakan lawatan di bawah Jabatan Pilihan Raya Parlimen Kluang menemui PAS Kawasan Marang bertujuan mendalami Ilmu Pengurusan Strategi berkaitan pilihan raya.

Delegasi telah disambut Penolong Setiausaha PAS Marang, Ustaz Zakaria Ismail yang menjelaskan bahawa strategi kemenangan bukan dirancang semalam, tetapi sejak Tuan Guru Abdul Hadi Awang pulang ke Terengganu tahun 1973.

Manakala sesi soal jawab telah diadakan bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Marang, Ustaz Nasir Ismail yang turut memberi suntikan semangat dan keyakinan untuk istiqamah membawa perjuangan.

Rombongan juga telah melawat Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu yang disambut Adun Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman, Ustaz Mohd Soud Said @ Mat Ali.

Antara rahsia kecemerlangan pentadbiran negeri ini yang terbongkar dibocorkan rahsianya oleh mereka adalah kekuatan jamaah terbina dari pengisian dalaman yakni memastikan kehadiran ke usrah sekurangnya sebulan sekali.

Menurut Ahmad Shah, para naqib dan naqibah dilatih dengan kemampuan untuk menyampaikan usrah dengan jelas dan betul dalam memenuhi tujuan tersebut. – HARAKAHDAILY 21/9/2019

IMG 20190921 WA0029

- Advertisement -