Teori spontan

- Advertisement -

TIBA-tiba terlintas dalam kepala. Kenapa Tun M yang mula-mula dahulu, menggemparkan isu boikot ini sedangkan kita buat kempen dahulukan barangan muslim, bukannya boikot? Seperti kata pemerhati politik, Tun mengangkat ‘bendera palsu’ bagi mengelirukan lawan.

- Advertisement -

Saya menerima berita, yang Tun sudah kehilangan sokongan dari beberapa orang PKR yang sepatutnya nak menyeberang ke kem Tun itu, kerana ada benda lain yang lebih besar dan menarik. Azmin setakat ini, masih tak berjaya lagi nak laksanakan tugasnya. Jadi Anwar sekarang masih gagah, tidak terjejas sangat dengan impiannya nak jadi PM 8. Anwar masih dalam treknya, Tun terpaksa menangguhkan geraknya.

Teori saya, Tun tahu, Anwar dapat sokongan kuat bukan Islam terutama dari segi kewangan. Dan Tun tahu, jika sokongan ekonomi ini dipatahkan, Anwar akan gagal. Jadi Tun mainkan kad, boikot barangan bukan Islam. Dan kita dapat lihat betapa gelabahnya DAP dan Anwar dengan isu yang bukan boikot, tapi dia kata boikot, nak letakkan rasa bersalah dalam hati melayu yang pada kebiasaannya mudah terasa. Melayu yang tidur, memang hati tisu, supaya kempen dihentikan. Tun juga buat-buat marah dengan kempen ini, tetapi dengan sengaja mengulang-ngulangi perkataan ‘boikot’. Ada maksud yang tersirat?

Sokongan dalam bentuk undi bukan Islam kepada Anwar, tidaklah menghairankan Tun, kerana jumlah undi Melayu Islam dua kali ganda lebih dari bukan Islam. Anwar pula sedar yang mahu tak mahu, dia mesti gantikan Tun dalam penggal ini juga kerana jika dibiarkan PRU15 datang sebelum dia naik, maka cita-citanya akan terkubur kerana sudah pasti undi Melayu Islam akan bertukar tangan selepas marah ditipu. Oleh itu serangan video ketiga kepada Azmin, sedang berjalan, dikala rakyat sibuk dengan isu kempen ini. Counter attack dari Anwar.

Kerana rakyat sangat marah ditipu oleh PH, dan tidak sabar menanti PRU15 untuk membenamkan PH ini jugalah menjadi antara sebabnya penipu utama dari PKR yang penuh mulut dengan formula itu kena diamkan dirinya. Tapi kadang-kadang dia mahu ‘test market’, tetapi sambutan yang diterima, malah lebih teruk selain daripada dikongsi hantaran-hantaran lamanya yang penuh berteori yang dia sendiri bingung mahu melaksanakannya. Keberadaannya dalam pentas politik sekarang ini, akan menyebabkan liabiliti kepada Anwar.

Jadi melemahkan sokongan ekonomi bukan Islam, menjadi sasaran Tun M sekaligus mematahkan juga tongkat Anwar. Maka, orang PKR yang mahu menyeberang itu akan ragu-ragu dengan Anwar. Dan Tun ‘bergurau’ dengan isu boikot dengan Anwar. Jadi jika kita Melayu Islam menyokong dan mahu mengekalkan Tun sebagai PM, kita kena teruskan kempen “Dahulukan Beli Barangan Muslim” ini sehingga bila-bila. Selain daripada berpahala, kita juga bakal menguasai ekonomi negara. Atau adakah anda sanggup Anwar menjadi PM8 dalam masa terdekat ini?

Saya berkeyakinan dengan teori ini, sebab segera Anwar bangun memberikan amaran bahawa ekonomi orang bukan Islam sangat kuat untuk diboikot. Siapa yang boikot? Kalau kuat sangat, mengapa bimbang? Kempen secara serius baharu bermula, kenapa mengelabah gila? Dan kepada sesiapa yang mengatakan bahawa kempen ini tiada kena mengena dengan perang politik, mereka sangat naif. Apa yang tiada kena mengena dengan politik? Semuanya ada, bezanya besar dan kecil sahaja. Atau mereka yang katakan tiada kena mengena dengan politik itu, orang suruhan PH yang sedang ketakutan.

Ayuh, teruskan “Kempen Dahulukan Barangan Muslim”.

MOHD NASIR ABDULLAH
Gombak, Selangor
6 September 2019 – HARAKAHDAILY 7/9/2019

- Advertisement -