Ameerah Bagan Datuk derap 10K Langkah Merdeka

- Advertisement -

BAGAN DATUK: Ameerah Kawasan Bagan Datuk telah mengadakan dengan jayanya program 10,000 Langkah Merdeka bertempat di Pusat Aktiviti Perlancongan Bagan Datuk, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada golongan wanita dengan aktiviti berjalan 10,000 langkah.

Program ini juga sebagai melaksanakan kempen kebersihan dengan mengadakan aktiviti mengutip sampah sepanjang 10,000 langkah; bertepatan tema Hari Kebangsaan 2019 iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Seramai 80 peserta dari kalangan murid-murid PASTI dan SRITI, golongan muda belia Ameerah dan Muslimat PAS Bagan Datuk terlibat dalam aktiviti mengelilingi Pekan Bagan Datuk ini.

Program 10,000 Langkah Merdeka ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Datuk, Nafiaton Khailani dengan ungkapan Bismillah.

Program ini turut dibantu oleh Pemuda PAS Bagan Datuk serta Jabatan Amal dengan mengawasi lalu lintas di sepanjang laluan. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0035

IMG 20190903 WA0034

- Advertisement -