Persiapan tempat program Dr Zakir berjalan lancar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Persiapan tempat untuk program kemuncak sempena Jelajah Dr Zakir Naik ke Kelantan 2019 hampir selesai.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan, Persiapan Tempat, Kebersihan dan Kesihatan program, Shaari Mat Yaman berkata, seramai 50 orang petugas khas diberi tanggungjawab untuk menyiapkannya.

Jelasnya, persiapan tempat yang membabikan pentas, tempat duduk tetamu jemputan dan orang ramai perlu diteliti sebaiknya.

“Dr Zakir Naik sendiri datang melawat untuk melihat persiapan tempat.

“Apa yang dilakukannya untuk mempamerkan pada dunia Islam itu indah, menarik dan terbaik,” ujarnya.

Beliau memberitahu, antara petugas yang terliba dari pihak jawatankuasa, Majlis Perbandaran Kota Bharu, (MPKB-BRI), Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Pejabat SUK dan Exco.

Tambahnya, turut membantu petugas-petugas sokongan yang lain bagi mempastikan persiapan tempat berjalan lancar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Kelantan, Mohd Aliman Ismail memberitahu satu pertiga petugas keselamatannya telah mula turun padang bermula 12 tengah hari tadi.

Katanya, mereka bertugas mengikut syif serta di tempat yang berbeza.

“Selain di Stadium Sultan Muhammad IV, Jabatan Amal turu ditempatkan di Masjid Kubang Kerian iaitu tempa Fariq Naik menyampaikan khutbah Jumaat,” ujarnya.

Selain itu katanya, di KTC tempat berlangsungnya program Ladies Talk dan Santai Anak Muda di Dataran Stadium. – HARAKAHDAILY 9/8/2019

- Advertisement -