Warga Chow Kit tolak tohmahan burukkan PAS

- Advertisement -
TITIWANGSA: Dalam gelombang ganas persepsi dan fitnah, selain penguasaan media oleh pemerintah PH yang memalit pelbagai imej negatif dan lemah terhadap PAS, sokongan rakyat menunjukkan sebaliknya.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap telah menerima 50 borang permohonan keahlian baru dalam satu majlis penyerahan ringkas di Restoran Al-Diyafa, di sini malam kelmarin.
 
Penyerahan diketuai Wan Zulkifli Mamat ini merupakan inisiatif sekumpulan penduduk tempatan sekitar Kompleks Damai dan Chow Kit untuk menubuhkan PAS Cawangan yang baru sebagai menyokong perjuangan PAS. 
 
Turut terlibat dalam upacara penyerahan borang baru keahlian PAS ini ialah Setiausaha dan Pengarah Pilihan Raya PAS Titiwangsa, Azmer Syazwan Ahmad dan Hedzer Ibrahim sekali gus mengalukan penyertaan tersebut.
 
Di kesempatan ini, Khairul Anuar menyifatkan bahawa penyertaan ahli baru PAS membuktikan bahawa segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh parti lawan kepada PAS hanya dipandang jelek oleh pengundi. – HARAKAHDAILY 6/8/2019
- Advertisement -