Rumah ibu AJK PAS Batu terbakar di Balik Pulau

- Advertisement -
BALIK PULAU: Kebakaran berpunca daripada litar pintas telah menyebabkan kemusnahkan 80 peratus rumah kediaman di Kampung Permatang Pasir, di sini pada 28 Julai baru-baru ini.
 
Bagaimanapun, warga emas yang uzur, Salmah Ismail yakni ibu kepada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan, Mohd Rafaie Abdul Razak berjaya dibawa keluar anaknya itu.
 
Rafaie yang pulang bercuti bersama isteri, Fakariah Hani Mohd Ali dan anak-anaknya iaitu Muhammad Fawwaz dan Muhammad Faiz Hafizuddin ketika kejadian berada di luar rumah.
 
Maklumnya, beliau tidak dapat menyelamatkan barang dan dokumen peribadi miliknya kerana api marak dengan sangat cepat, sedangkan ibunya uzur tidak dapat berjalan perlu segera dikeluarkan.
 
Kejadian sekitar jam 9:30 pagi itu bagaimanapun dapat dikawal dua jentera bomba yang tiba dari merebak ke rumah kediaman jiran berhampiran di mana kerugian dianggarkan sekitar RM50,000.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad bergegas mengunjungi keluarga tersebut setelah berbetulan ketika itu beliau membuat tinjauan isu lapangan di Teluk Kumbar.
 
Hadir sama adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar.
 
Orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun peribadi Rafaie 14014020642983 (Bank Islam) dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-344 3334. – HARAKAHDAILY 2/8/2019
IMG 20190802 WA0079
- Advertisement -