Hina Nabi: Apa kesudahan di era Malaysia Baharu?

- Advertisement -
SEJARAH penghinaan Nabi Muhammad S.A.W telah berlaku dengan pelbagai cara sejak bermulanya perkembangan Islam di atas muka bumi ini. Lihatlah bagaimana, ibrah dan pengajaran yang diwahyukan Allah S.W.T melalui penurunan surah al-Masad. Mutakhir ini, isu penghinaan terhadap Nabi S.A.W semakin menular menerusi media baru dan sangat mengguris hati orang beriman khususnya di Malaysia. Terbaru, seorang pengguna Facebook Wendy Loong telah menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Telah menjadi sepakat dalam kalangan para ulamak bahawa perbuatan menghina Nabi S.A.W adalah wajib dibunuh. Di antara mereka ada yang menegaskan seperti Al-Imam Qadhi ‘Iyadh R.A menegaskan, “Ijmak ulamak menetapkan bahawa dihukum bunuh orang-orang Islam yang mengurangkan dan merendah-rendahkan kedudukan Nabi S.A.W serta mencacinya.”. Bahkan keharusan membunuh pencaci Nabi S.A.W dalam kalangan orang kafir seperti kisah seorang Yahudi Ka’ab Ibn Al Asyraf yang dibunuh oleh Sahabat Nabi S.A.W yang bernama Muhammad Ibn Maslamah R.A.
 
Syeikh al-Azhar Imam al-Akbar al-Fadhil Prof. Dr. Ahmad Tayyib – hafizhahullah – berkata: “Al-Azhar memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba menggunakan sebarang media massa untuk menghina dan menjatuhkan martabat kenabian yang mulia. Ini bagi memelihara maqam kenabian yang mulia itu daripada dihina sekalipun tanpa niat yang tidak baik. Sebaliknya orang Islam sejati sentiasa memenuhi hati mereka dengan kecintaan kepada Nabi S.A.W.” (Petikan daripada Akhbar al-Ahram)
 
Persoalannya, kenapakah isu ini berulang kali berlaku di bawah pemerintahan kerajaan baru? Apakah ini wajah sebenar pimpinan kerajaan sekarang yang memandang enteng isu-isu sensitiviti umat Islam? Mana halanya Negara Rahmah yang ditujukan?
 
Biarlah Rahmatan  lil  ‘Alamin itu difahami dengan kerangka yang sebenar bukan sekadar retorik politik semata-mata. Dengan bidang kuasa yang ada, pihak kerajaan perlu mengambil serius isu-isu sentiviti umat Islam supaya tidak mengganggu keharmonian hidup rakyat di negara ini. Langkah yang tegas, tersusun dan berstrategi perlu dicerakinkan oleh pihak kerajaan menerusi badan-badan seperti pihak Polis, Jabatan Agama Islam dan sebagainya supaya isu seperti ini tidak berulang kembali kerana sangat mengguris hati dan perasaan umat islam.
 
Justeru, MPROS mengajak umat islam wajib bersatu mempertahankan Nabi Muhammad S.A.W dengan menyatakan bantahan atau apa juga yang mampu dilakukan untuk membentuk gelombang penentangan yang senada. Semoga Allah S.W.T menambahkan rasa cinta dan kasih sayang kita Nabi Muhammad S.A.W dengan sama-sama mempelajari sirah Rasulullah S.A.W, memperbanyakkan selawa dan salam, berqasidah, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya. Semoga kita menjadi umatnya yang dapat duduk Bersama dan syafaatnya di Hari Kiamat kelak, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
 
Wallahu wa Rasulua’alam.
 
“Melangkah Bersama” 
 
DR ZULFIRDAUS ZAKARIA
Timbalan Presiden 
Pertubuhan Kebajikan Muslim Profesional Sejahtera (MPROS) Malaysia – HARAKAHDAILY 25/7/2019
- Advertisement -