PENDIDIK simpati ujian menimpa Ustaz Adib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) menzahirkan rasa simpati dengan ujian yang menimpa Ustaz Mohd Adib Abd Halim.

- Advertisement -

Ia berikutan keputusan kes rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Jun lalu menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atas dakwaan merotan pelajar yang enggan menunaikan solat ketika sesi persekolahan di bahagian kaki.

Presidennya, Normala Sudirman berkata sudah menjadi kelaziman di sekolah agama apabila tiba waktu solat berjamaah, semua pelajar dikehendaki menunaikan solat.

Malahan, pelajar yang enggan akan dihukum untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajar.

“Harus difahami juga bahawa hukuman kepada pelajar biasanya adalah untuk mendidik bukan bertujuan mendera atau mencederakan murid.

“Sepatutnya ibu bapa perlu bersikap berlapang dada, tidak emosional dan perlu merujuk kepada pihak pentadbir sekolah.

“Sepatutnya jika ada sebarang kes berlaku melibatkan anak mereka di sekolah atau jika ada kemusykilan dan rasa tidak puas hati, keluarga perlu menyiasat terlebih dahulu khabar yang dibawa oleh anak mereka agar segala kekeliruan boleh dirungkai secara harmoni tanpa mengheret guru ke mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, beliau berharap insiden ini dapat membuka mata semua pihak terutama ibu bapa agar mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Dalam daripada itu, pihaknya menyeru rakyat Malaysia dan warga pendidik yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan seikhlasnya bagi meringkan beban keluarga Ustaz Adib.

“Walaupun denda RM4,000 telah dibayar dan Ustaz Adib telah menjalani hukuman penjara selama 1 hari.

“Namun, sumbangan ini untuk membayar kos guaman sebanyak RM20,000 masih diperlukan bagi rayuan kes yang telah dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini,” katanya.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank: PENDIDIK MANAGEMENT 5628 3462 9323. – HARAKAHDAILY 1/7/2019

- Advertisement -