TAED: Jangan khianati penduduk Tanjung Aru

- Advertisement -
DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah mengingatkan kepada kerajaan negeri parti Warisan Sabah agar berpegang kepada janji untuk membatalkan terus projek Tanjung Aru Eco Development (TAED).
 
Kami merujuk beberapa kenyataan Adun Tanjung Aru, Junz Wong yang telah berjanji sebelum PRU14 kepada penduduk Tanjung Aru untuk tidak meneruskan projek TAED yang dimulakan sewaktu zaman BN jika berjaya memegang tampuk kerajaan negeri.
 
Pelbagai NGO alam sekitar dan pengundi yang termakan janji ini perlu menuntut daripada kerajaan negeri untuk mengembalikan semula landskap Taman Awam Pantai Tanjung Aru ke arah lebih baik dan memastikan para peniaga yang dipindahkan dapat beroperasi secara lebih terjamin.
 
Jika Kerajaan Warisan mengabaikan tuntutan rakyat atas perkara ini, Pemuda PAS Sabah akan membuat piket besar-besaran di Pekan Tanjung Aru untuk memberikan solidariti bersama rakyat dan NGO alam sekitar yang terus berjuang memastikan taman awam ini sentiasa menjadi lokasi tumpuan rekreasi masyarakat sekitar Kota Kinabalu sejak sekian lama.
 
“Sabah Sejahtera”
 
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah – HARAKAHDAILY 29/6/2019
315611055289643
- Advertisement -