DHPP tidak mahu lagi sekadar penyokong PAS

- Advertisement -

KUANTAN: Ketenangan di dalam PAS dicemburui lawan, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N. Balasubramaniam.

- Advertisement -

Katanya, tiada insiden kerusi terbang, kepala berdarah, perbahasan berlangsung dengan tenang dan banyak lontaran idea yang bernas.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan ucapan dasar presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang bertema ‘Islam Memimpin Perpaduan’ di Stadium Tertutup SUKPA Kuantan, di sini hari ini.

Tambahnya, Ucapan Dasar Presiden PAS sangat jelas dijadikan panduan dan arahan memimpin perpaduan.

Beliau beharap agar PAS benar-benar memimpin perpaduan kaum yang pelbagai di Malaysia.

“DHPP tidak mahu lagi sekadar menjadi penyokong PAS tetapi mendukung perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman.

“Islam memerintah dengan adil. Dan hanya PAS yang dipercayai mampu melaksanakannya,” ujarnya lagi.

Berkenaan isu UEC, ujar beliau DHPP asasnya menyokong dasar pendidikan negara sedia ada dan menentang sebarang usaha mewujudkan aliran pendidikan yang memecah belahkan masyarakat. – HARAKAHDAILY 23/6/2019

- Advertisement -