PAS Johor giat dekati penduduk akhir Ramadan

- Advertisement -
PAGOH: PAS Negeri Johor telah mengadakan program kunjungan ziarah menyantuni penduduk setempat dan sumbangan kepada asnaf dalam Parlimen Pagoh, di sini kelmarin.
 
Aktiviti yang menggandakan ibadah di hari-hari akhir Ramadan itu bertujuan memasyarakatkan PAS serta menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
 
Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz dan Ketua Muslimat PAS Johor, Fatimah Ismail telah bersama Adun Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep di Bukit Pasir, pada sebelah paginya.
 
Sumbangan disediakan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pagoh itu telah diserahkan mereka kepada para asnaf dengan berkunjung dari rumah ke rumah golongan tersebut.
 
Seterusnya bersama Pemuda PAS dan Ameerah Pagoh mengedarkan juadah istimewa pulut kuning di Bazar Bukit Pasir, Pasar Lambak Kundang Ulu dan gerai di Bukit Kepong, pada sebelah petangnya.
 
Inisiatif kebajikan itu terus diperluaskan apabila mereka bersama Jabatan Amal Malaysia Pagoh telah menyerahkan 300 bungkusan kepada para asnaf, sepanjang hari semalam.
 
Program yang turut dijayakan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Pagoh telah berziarah ke rumah asnaf di Tanjong Olak, Permatang Pasir dan Sungai Terap. – HARAKAHDAILY 2/6/2019
20190602 145855
 
20190602 145836
 
61378690 430013754222119 1822815568172941312 n
 
61818537 429939810896180 2471076117692284928 n
- Advertisement -