Pulihkan kesan banjir PASTI Nurul Izzah

- Advertisement -

TAWAU: Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah Kawasan Tawau bersama Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Nurul Izzah Jalan Saddani telah membersihkan premis tersebut yang ditimpa banjir.

- Advertisement -

Gotong-royong tersebut telah disertai 30 anggota Amal, guru PASTI, JIBG dan Alumni PASTI ini yang menjalankan kerja-kerja ‘clean and clear’ (C&C) seawal pagi hingga tengahari, di sini semalam.

Aktiviti tersebut sebagai usaha meringankan beban PASTI Nurul Izzah yang turut mengalami kerosakan memandangkan kedudukannya berhampiran sungai pada kejadian banjir baru-baru ini.

Selain itu, langkah mengadakan kerja-kerja pembersihan tersebut juga supaya dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung sebagaimana sedia kala.

Ketua Pemuda PAS Cawangan Apas, Munzir Mahmud berharap agar PASTI dan JIBG sentiasa erat untuk bersamaJabatan Amal melaksanakan lebih banyak usaha kemasyarakatan dan kebajikan. – HARAKAHDAILY 5/5/2019

- Advertisement -