Ulangi kelemahan kerajaan lama pengaruhi pelabur

- Advertisement -

TUMPAT: Tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengulangi-ulangi kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dianggap antara faktor yang menjadi kebimbangan pelabur.

- Advertisement -

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindak tanduk pemimpin PH asyik mengulangi kelemahan dan penyelewengan kerajaan BN boleh memberi gambaran buruk kepada pelabur.

Katanya strategi itu biar pun cuba mendedahkan kelemahan kerajaan lama, namun ia mengundang tindak balas sebaliknya.

“Pendedahan negetif secara berulang-ulang boleh memberi gambaran tidak sihat terhadap pelabur. Pasaran saham agak lemah sekarang,” katanya ketika ditemui selepas program Dapur Hijau Parlimen Tumpat di Kompleks Purnama hari ini.

Program itu dirasmikan anggota Exco Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail. Hadir sama Adun Wakaf Bharu Mohd Rosli Abdullah dan Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan.

Akhir tahu lepas bekas timbalan menteri Dato’ Seri Ahmad Maslan membangkitkan soalan di Dewan Rakyat mengapa pelabur asing menjual saham bernilai RM1.05 bilion di Bursa Malaysia ketika itu.

Manakala menurut laporan hari ini Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan sebelah pagi berikutan sentimen berhati-hati yang semakin meningkat dalam pasaran.

Kedudukan pasaran negative, di mana kaunter rugi sebanyak 636 mengatasi kaunter untung 135, manakala 302 kaunter tidak berubah, 815 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. – HARAKAHDAILY 17/4/2019

- Advertisement -