Pelawa warga Bagan Serai hadir Forum Perdana

BAGAN SERAI: Era globalisasi kini menghadapkan umat kepada satu suasana baharu kehidupan masyarakat hingga turut mengundang pelbagai ancaman dan cabaran.
 
Namun realitinya, segala ancaman dan cabaran yang mendatang itu perlu ditempuhi dengan persediaan sewajarnya dalam melangsungkan kehidupan.
 
Antara perlu ada pada generasi ini khususnya umat Islam adalah pendedahan secara ilmu dalam memahami segala bentuk mehnah tersebut agar ia tidak menjajah diri.
 
Sehubungan itu, PAS Kawasan Bagan Serai mengambil peranan berkaitan isu ini dengan menganjurkan Forum Perdana membicarakan tajuk “Cabaran Umat Islam Masa Kini”.
 
Ianya akan dilangsungkan secara terbuka untuk orang ramai di Perkarangan Surau Taman Selinsing Melati, Selinsing, di sini pada jam 9:30 malam, 20 April depan.
 
Panelis yang akan ditampilkan dalam mengupas perkara tersebut adalah pendakwah muda, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Baderudin dan Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria.
 
Sehubungan itu orang ramai dijemput untuk bersama ahli keluarga hadir beramai-ramai bagi mendengar segala intipati akan disampaikan para pembentang. – HARAKAHDAILY 14/4/2019