Kembali semula peruntukan perkapita SAR

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sekarang dianggap masa terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengembalikan semula peruntukan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan pada 2002.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, bantuan itu dihentikan perdana menteri sekarang ketika menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, setelah kembali semula menerajui negara selepas 17 tahun berlalu perdana menteri dicadang mengembalikan semula bantuan tersebut.

“Amat wajar sekarang di bawah Pakatan Harapan mengembalikan peruntukan itu yang ditamatkan pada 2002,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Arab Darul Anuar Pulau Melaka (SMUDA) di Pulau Melaka semalam.

Hadir sama Pegawai Dakwah dan Latihan Yayasan Islam Kelantan (Yik), Harun Ismail dan Mudir SMUDA Ustaz Nik Hamdi Abdul Ghani. – HARAKAHDAILY 1/4/2019

- Advertisement -