Mujahid enggan jawab soalan MP Pendang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Awang Salahudin Hashim meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof bagi menyatakan adakah aset anak syarikat Tabung Haji telah dicairkan (sold) melalui syarikat tujuan khas (SPV) yang tubuhkan oleh Kementerian Kewangan.

- Advertisement -

Sebelum itu, beliau turut meminta agar pihak menteri memberi penjelasan berkenaan aset serta jumlah perolehannya, di Dewan Rakyat.

Mujahid berkata, sehingga kini tiada sebarang aset yang telah dipindahkan dari Lembaga Tabung Haji kepada SPV yang telah dicairkan.

Sementara itu, Dewan Rakyat kecoh apabila Mujahid enggan menjawab persoalan Awang Hashim berkenaan siapa yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah yang berperanan membantu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta mempersoalkan siapakah CEO yang dilantik.

Beliau berkata, ini penting kerana ia memerlukan seorang yang pakar dalam mengurus tadbir aset penting bumiputra.

Bagaimanapun Mujahid enggan menjawab persoalan tersebut, namun ia hanya memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah itu terdiri daripada pegawai Kementerian Kewangan (MOF) dan seorang pengarah bebas yang berpengalaman serta pengurusan CEO di bawah MOF Incorporated.

Beliau tidak menjelaskan nama CEO yang dilantik sepertimana persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Pendang itu.

Awang Hashim bangkit menegaskan agar pihak menteri memberi jawapan secara bertulis. – HARAKADAILY 26/3/2019

- Advertisement -