Ramah mesra JIBG SRITI Al-Istiqamah

IPOH: Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Istiqamah telah mengadakan Majlis Doa Selamat Kesyukuran dan Ramah Mesra di Bandar Meru Jaya, di sini semalam.
 
Selain menikmati hidangan bersama, majlis turut berlangsung dengan solat berjamaah, bacaan Yaasiin dan doa, selain dimeriahkan oleh persembahan nasyid dan bercerita dari para pelajar.
 
Penasihat SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Hafez Sabri dalam tazkirahnya mengajak memberi perhatian untuk menunaikan hak anak-anak yang pada zaman ini lebih terdedah kepada cabaran teknologi.
 
Hal tersebut menurutnya, menyebabkan ibu bapa kurang memberi masa, selain tidak berlaku komunikasi dua hala yang baik antara anak-anak dengan ibu bapa.
 
“Kita berikan tumpuan sepenuhnya setiap cerita dan luahan mereka terutama mengenai dirinya dam kisah-kisah sekolahnya sebab ibu bapalah tempat pertama mereka luahkan,” pesan beliau.
 
Turut berucap adalah Pengerusi SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Mohd Fariq Izwan Md Bahrin yang melahirkan harapan agar semua pihak menjayakan operasi institusi pendidikan tersebut. – HARAKAHDAILY 23/3/2019
 
IMG 20190323 WA0003
 
IMG 20190323 WA0004
 
IMG 20190323 WA0006