KUIZM buka ambilan KPAPI Sesi April 2019

- Advertisement -

GOMBAK: Masyarakat awam dipelawa mengikuti Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, di sini.

- Advertisement -

Kursus yang menawarkan pengajian ilmu-ilmu asas Agama dan Bahasa Arab selama 2 semester itu telah dibuka pengambilannya bagi Sesi April 2019 mulai sekarang.

Kursus ini amat sesuai disertai oleh para pesara, warga pekerja atau mereka yang kekurangan masa, di mana dijalankan pada hujung minggu hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Malah, pengajian ilmu asas Agama dan Bahasa Arab ini juga sesuai untuk para pelajar universiti yang bukan daripada aliran Pengajian Islam bagi menambah pengetahuan.

Orang awam yang berminat boleh memohon secara atas talian atau mendapatkan borang di Pejabat KUIZM dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 010-3565616.HARAKAHDAILY 11/3/2019

IMG 20190311 WA0026

IMG 20190311 WA0027

- Advertisement -