Timbalan menteri cabar Fatwa Selangor

Sallehen Mukhyi
- Advertisement -

PAS Selangor mengecam tindakan Timbalan Menteri daripada DAP, YB Hannah Yeoh yang telah memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Sisters In Islam (SIS) seperti yang dilaporkan oleh portal berita MalaysiaKini.

- Advertisement -

PAS Selangor juga kesal dengan jawapan balas timbalan menteri yang masih mempertahankan sumbangan tersebut atas alasan membantu wanita Muslim, sedangkan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menetapkan bahawa Sisters In Islam (SIS) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Tindakan timbalan menteri DAP ini telah mencabar fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Sumbangan dari timbalan menteri DAP ini juga secara tidak langsung menyanggahi institusi agama Islam yang berada di bawah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

PAS Selangor mendesak Timbalan Menteri DAP ini menarik balik sumbangan kepada SIS dan membuat permohonan maaf terbuka kepada DYMM Sultan Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan seluruh umat Islam.

USTAZ SALLEHIN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Selangor
10 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 10/3/2019
a

- Advertisement -