Hina Nabi S.A.W boleh undang tindak balas

- Advertisement -

SIK: Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik telah membuat satu laporan polis terhadap pemilik facebook Foo Sing Wai yang menghina Nabi Muhammad S.A.W di Ibu Pejabat Polis Daerah Sik di sini hari ini.

- Advertisement -

Laporan dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir yang hadir bersama beberapa anggota Pemuda jam 2.30 petang ditemani Adun Belantek, Ustaz Mohd Isa Shafie merangkap Pengerusi Assabiqun PAS Kedah.

Menurut Mohd Shahiful, laporan ini dibuat kerana kebelakangan ini kerap berlaku penghinaan terhadap Baginda Nabi S.A.W dan Islam secara terbuka tanpa menjaga sensitiviti orang Islam yang menjadi majoriti di negara ini.

Tambah beliau, selepas era Malaysia Baharu yang dilaungkan oleh pemimpin PH, semakin kerap Islam dijadikan sebagai sasaran ejekan, kutukan dan penghinaan yang keterlaluan sehingga mengguris hati umat Islam.

“Kita bimbang sekiranya penghinaan demi penghinaan yang diterima oleh umat Islam di negara ini akan menyebabkan umat Islam bangkit melawan sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Sesungguhnya kesabaran umat Islam yang menjadi pegangan bangsa Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini ada batasnya yang perlu dijaga.

“Andaikata suatu masa nanti batas itu dilanggar dengan pelbagai ejekan dan hinaan serta cacian, tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang,” ujarnya mendoakan supaya perkara tersebut tidak kembali berulang dan perpaduan kaum kekal harmoni.

Dalam pada itu, Ustaz Mohd Isa Shafie menyeru pihak berkuasa melakukan siasatan rapi supaya pelaku tersebut dikenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Turut hadir semasa laporan tadi Pengerusi Assabiqun PAS Kawasan Sik, Ustaz Ramli Hashim, pimpinan PAS Kawasan Sik, Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik dan Pemuda Umno Sik serta NGO Penyatuan Ummah Sik. – HARAKAHDAILY 19/2/2019

- Advertisement -