Mengapa kes Siti Kasim ditarik?

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tindakan Pejabat Peguam Negara yang menarik semula pendakwaan terhadap Siti Kasim kerana mengacungkan jari tengah dalam sebuah forum mengenai pindaan Akta 355 di Shah Alam tahun 2016.

- Advertisement -

nasrudintaWalhal, sekurang-kurangnya terdapat tiga kes seumpama itu yang dilakukan oleh orang awam telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ketiga-tiga mereka telah dihukum penjara dan denda atas kesalahan berikut.

Namun, kes Siti Kasim yang mengacungkan jari tengah kepada peserta forum serta videonya telah ditularkan dalam media sosial langsung tidak dibicarakan di mahkamah mahupun didakwa oleh Peguam Negara.

Pengguguran dakwaan tersebut menyebabkan timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap Pejabat Peguam Negara.

Rakyat berpendapat Peguam Negara bersikap selektif atas kes berkenaan ekoran wujud hubungan personal antara kedua-duanya.

Rakyat perlu dijelaskan sebab yang munasabah kerana pengguguran tersebut.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
8 Jamadil Akhir 1440 | 13 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 13/2/2019

- Advertisement -