GAS 19 ikat ukhuwah ahli ARC Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Alternative Riding Club (ARC) Selangor telah mengadakan Gathering ARC Selangor 2019 (GAS 19) di Resort D’Lampin, Janda Baik, Bentong yang berakhir kelmarin.

- Advertisement -

Program selama dua hari itu telah menghimpunkan seramai 165 ahli ARC dari seluruh 22 Kawasan dalam negeri itu dengan memulakan konvoi dari Gombak.

Perbagai pertandingan dan aktiviti berkumpulan diadakan sepanjang GAS termasuk persembahan serta pengisian rohani antaranya disampaikan Ketua Ulamak PAS Selangor, Ustaz Rizuan Rahmat.

Para peserta juga meneguhkan amalan diri pada program itu menerusi qiyamullail yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kawasan Kapar, Ustaz Yusri Miskam dan kuliah oleh Naqib ARC Selangor, Ustaz Fazdi Mahmudi.

Sempena GAS juga, para peserta turut mengadakan konvoi menyampaikan sumbangan ke rumah-rumah asnaf dan di perkampungan Orang Asli.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim bersama Presiden ARC Malaysia, Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin. – HARAKAHDAILY 29/1/2019

- Advertisement -