PRK CH: Isyarat mula PH akan tumbang PRU15

- Advertisement -

BALING: Kemenangan BN pada PRK P.078 Cameron Highland menjadi isyarat bahawa PH akan tumbang pada PRU15, demikian kata Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim.

- Advertisement -

Menurut beliau, keputusan tersebut membuktikan betapa rakyat tidak tahan dengan penipuan dilakukan PH yang memungkiri janji untuk menunaikan manifesto mereka.

“Isyarat ini bermula dari Cameron Highland dan akan terus kepada PRK Semenyih, Selangor dan juga PRK Rantau, Negeri Sembilan.

“Rakyat akan terus beri isyarat kepada PH bahawa janji-janji dibuat telah ‘dicapatikan’. Inilah balasan kepada PH kerana menipu rakyat Malaysia,” ujarnya kepada pemberita selepas berceramah di depan 1,000 penyokong PAS dan Umno di Kampung Bok Bak, Kupang, di sini semalam.

Beliau menyeru PAS dan BN untuk terus mengekalkan muafakat sebagaimana telah ditunjukkan bagi mengambil alih pentadbiran daripada PH pada PRU15 akan datang.

Bidas beliau, pemerintahan PH telah membawa kucar-kacir dalam negara di mana hakikat sebenar di belakang pakatan itu adalah agenda DAP yang bertujuan musnahkan negara dari disusun atur umat Islam. – HARAKAHDAILY 27/1/2019

- Advertisement -