Adun sertai majlis ilmu bersama penduduk

- Advertisement -

BALING: Adun Bayu, Abd Nasir Idris telah menghadiri majlis ilmu bersama para penduduk di Kampung Bendang Padang, Kupang, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kunjungan ziarah dan bertemu serta menghadiri majlis bersama penduduk seperti itu telah menjadi sebahagian ‘lawatan kerja’ beliau sejak PRU14 lalu.

Menerusi rutin sedemikian, beliau dapat meluaskan perkenalannya bersama penduduk selain mendengar pelbagai perkara diajukan mereka.

Beliau sendiri gigih melaksanakan hal itu sebagai memenuhi tanggungjawab kepimpinan yang dimandatkan penduduk atas kepercayaan kepadanya.

“Saya takut disoal di Akhirat kelak atas tanggungjawab ini. Jadi nasihatlah saya jika saya buat tak betul. Kita orang Melayu perlu bersatu padu di atas Islam.

“Saya juga nak seru semua kita pakat mari mengaji untuk menuntut ilmu biar jadi bekal kita di Akhirat sana. Selain itu kita perlu juga ambil tahu isu semasa.

“Jadi marilah kita berlumba-lumba merebut melakukan kebaikan,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Nasir mengambil ruang bercakap kepada penduduk.

Bersempena kehadirannya itu, beliau turut menyampaikan sumbangan beras kepada hadirin pada majlis ‘taman syurga’ itu. – HARAKAHDAILY 27/1/2019   

IMG 20190127 WA0041

IMG 20190127 WA0042

IMG 20190127 WA0043

- Advertisement -