Peranan MPKK tanpa kira fahaman politik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kewujudan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diharap dapat memudahkan urusan kerajaan negeri dengan rakyat di peringkat akar umbi.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, semoga urusan pentadbiran kerajaan berjalan lancar dan memberi manfaat terbaik kepada rakyat tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik.

“Saya juga merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memansuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan diganti dengan MPKK.

“Kita berharap mendapat keberkatan daripada dasar Membangun Bersama Islam ini,” katanya pada majlis pelantikan penghulu Kelantan 2019 di Putik hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah, timbalan pengerusi Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman dan Pengarah Urusetia Penghulu, Jamaluddin Ishak.

Pada program itu seramai 821 penghulu seluruh negeri menerima watikah pelantikan. Daripada jumlah tersebut seramai 59 merupakan penghulu bukan Islam dan 61 penghulu wanita. – HARAKAHDAILY 23/1/2019

- Advertisement -