Saman: Perancangan politik sempena PRK

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyifatkan tindakan Putrajaya di bawah Pakatan Harapan (PH) menyaman Kelantan sebagai perancangan politik sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Ustaz Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan menjadi mangsa semata-mata mereka mahu meraih undi di PRK tersebut.

“Namun kita percaya Orang Asli sekarang sudah cerdik untuk buat penilaian.

“Bagaimanapun sehingga sekarang kita belum menerima saman berkenaan dan kerajaan negeri meminta Penasihat Undang-Undang Negeri memberi taklimat kepada pimpinan kerajaan,” ujarnya di sini.

Jumaat lepas Kerajaan Persekutuan menyaman Kelantan bagi menuntut hak mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor Gua Musang.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, Pengarah Tanah dan Galian, Pengarah Perhutanan dan lima entiti swasta.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, kalau ditinjau aspek politik, PH mahu menggunakan isu itu untuk menghadapi PRK Cameron Highlands.

“Ia berlaku dalam masa yang amat singkat, saman diputuskan pada Rabu disebut mengikut keputusan kabinet,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/1/2019

- Advertisement -