Premis shisha, karaoke tidak dibenar operasi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Premis menjual shisha dan mengadakan karaoke tidak dibenarkan beroperasi di Kelantan dalam usaha mengawal gejala sosial.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, sekiranya tidak dikawal ia akan memberi kesan kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja.

“Mereka lepak beramai-ramai untuk berhibur dan menghisap shisha sehingga jam 2 pagi di kedai berkenaan.

“Bila pulang lewat tentunya mereka akan terdedah dengan gejala yang tidak sihat,” ujarnya selepas majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini semalam. – HARAKAHDAILY 14/1/2019

- Advertisement -