Majlis Sukan Negeri dipengerusi Exco

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sejarah baru tercipta apabila Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan yang berada di bawah penguasaan Umno sebelum ini kembali semula ke pangkuan kerajaan negeri.

- Advertisement -

Hari ini berlangsung majlis serah tugas mantan Pengerusi MSN Dato’ Rosmadi Ismail kepada Ustaz Wan Roslan Wan Hamat sebagai Pengerusi baharu MSN Negeri.

Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO berharap pengurusan lepas dapat memberi sumbangan bagi meningkatkan lagi pembangunan sukan di Kelantan.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dalam sektor tersebut sangat penting bagi merealisasikan hasrat itu.

“Kita harap bekas pengarah MSN Dato’ Mohamad Noordin Awang dan Dato’ Rosmadi dapat memberikan sumbangan berterusan kepada pengurusan baharu.

“Kakitangan lama juga kita kekalkan, dengan harapan supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik khusus kepada pembangunan sukan di Kelantan,” katanya selepas majlis penyerahan MSN Kelantan di sebuah hotel di sini.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Ahmad Robert Abdul Rahim; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Zuraidin Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Abdul Rashid Yaakub. – HARAKAHDAILY 14/1/2019

- Advertisement -