Hakisan tebing jejas penduduk Kg Parit

- Advertisement -

PASIR MAS: Kerajaan Persekutuan diminta menyegerakan projek pengukuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pasir Parit yang terjejas akibat hakisan.

- Advertisement -

Adun Chetok Zuraidin Abdullah berkata, seramai 32 penduduk terlibat menandatangi surat persetujuan bagi memberi kebenaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan projek bernilai RM13 juta.

Katanya, JPS sedang menyelesaikan beberapa perkara berkaitan projek tersebut.

“Malah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin telah melawat serta memberi jaminan akan menyelesaikan.

“Projek ini dibawah kerajaan pusat, selepas beberapa siri pertemuan yang kerajaan negeri adakan, kita masih menunggu tindakan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek terbabit,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 27/12/2018

- Advertisement -