PAS sambut baik nasihat PM untuk Himpunan 8 Dis

- Advertisement -

SAYA mengikuti pesanan ringkas yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri kepada peserta Himpunan Aman Membantah Ratifikasi ICERD pada hari Sabtu, 8 Disember 2018, di Kuala Lumpur.

- Advertisement -

PAS menyambut baik kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan, khususnya daripada pihak PDRM dan DBKL. PAS memberikan komitmen untuk mematuhi setiap arahan penganjur dan pihak keselamatan dari semasa ke semasa, bagi memastikan kejayaan perhimpunan ini.

PAS juga menyeru semua rakyat untuk turut serta dalam menzahirkan pendirian terhadap ICERD dan seumpamanya, demi memelihara kerukunan dan keharmonian hidup yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Rabiul Awwal 1440 / 7 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 7/12/2018

- Advertisement -