Sukan wasilah praktik ajaran agama

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebagai seorang Islam kita perlu menjadikan sukan sebagai wasilah bagi memastikan ajaran agama dipatuhi.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, menutup aurat wajib dipatuhi walaupun susah untuk dilaksanakan.

“Setidak-tidaknya kita kena berusaha ke arah itu dan bukannya menolak tanpa melihat asasnya kerana ada atlet luar negara juga mengenakan pakaian menutup aurat,” katanya di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, beliau tidak setuju langkah kerajaan Terengganu mengenakan syarat pakaian patuh syariah bagi atlet di negeri itu.

Menurutnya atlet di bawah kementerian akan terus dipertahankan demi menjaga kepentingan mereka.

Sebelum itu kerajaan PAS Terengganu memperkenalkan konsep pemakaian patuh syariah bermula tahun depan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu hasrat kerajaan negeri melaksanakan dasar Islam dalam semua bidang termasuk sukan.

Wan Roslan juga berkata, di Kelantan sudah lama dikuatkuasa sukan menutup aurat termasuk melalui kejohanan bolasepak Liga Dun dan Awang Selamat (bina badan). – HARAKAHDAILY 28/11/2018

- Advertisement -