AKSB paling banyak guna sumber air bawah tanah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records berikutan pencapaian terbesar menggunakan air bawah tanah.

- Advertisement -

Air berkenaan untuk kegunaan domestik dan industri iaitu 84.25 peratus daripada keseluruhan penggunaan air bawah tanah di negara ini.

Sijil berkenaan disampaikan wakil Malaysia Book Of Records (MBOR), Edwin Yeoh kepada Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail.

Penyampaian sijil itu diadakan sempena Persidangan dan Pameran Malaysian Water Engineers Action Committee (MyWAC) di sebuah hotel di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur dan Utiliti, Dato’ Mohd Azami Mohd Nor berkata, semenjak 1999 AKSB sumber air mentah menggunakan lebih 80 telaga tiub.

“Ia diproses di loji-loji sebelum dibekalkan sebagai air bersih kepada pengguna di jajahan Kota Bharu, Tumpat, sebahagian Pasir Mas dan Bachok.

“Ketika itu penggunaan sumber air bawah tanah mencapai 60 peratus dari keseluruhan jumlah bekalan air bersih yang dikeluar loji seluruh Kelantan,” katanya pada program tersebut. – HARAKAHDAILY 26/11/2018

- Advertisement -