Perjudian agresif kurang pemantauan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyudin Hassan mempertikaikan pusat perjudian yang asalnya dikategorikan sebagai haram dan telah diberikan lesen untuk beroperasi namun masih berlaku kegiatan yang haram dari sudut undang-undang.

- Advertisement -

Katanya, pusat perjudian tersebut juga mendapat keuntungan sehingga RM13 juta sebulan. Menurut beliau, perkara itu berlaku mungkin disebabkan  operasi atau tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa terutamanya pihak polis adalah bersifat bermusim. “Operasi yang dibuat secara berterusan sebenarnya akan memberi kesan yang cukup baik,” katanya dalam soalan tambahan sesi soal jawab kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun katanya kadang-kadang menjadi tidak serius oleh kerana tempat yang asal selepas operasi ditutup kemudian dibuka balik dan beroperasi dengan lebih agresif.

Berikutan itu, beliau minta pihak Kementerian KDN menjelaskan bentuk tindakan yang dikenakan terhadap anggota polis dan pegawai  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbukti terlibat melindungi jenayah perjudian.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan terhadap pemilik premis perjudian yang melaksanakan kegiatan perjudian haram.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Mohd Azis Jamman berkata, di bawah pemerintahan kerajaan baru ia akan
memastikan hal ini bukan lagi sebagai operasi bermusim.

Katanya, pihak kerajaan akan meneruskan usaha dan antara yang telah dilakukan adalah membuka hotline yang beroperasi selama 24 jam.

- Advertisement -