Save Ummah serah memo bantah Oktoberfest

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekretariat Save Ummah telah menyerahkan memorandum membantah penganjuran pesta arak Oktoberfest kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Polis Daerah Subang.

- Advertisement -

Serahan diketuai Timbalan Pengerusi Sekretariat Save Ummah, Ustaz Hanafi Zulkapli yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang dan MPSJ, di sini semalam.

Bantahan itu ekoran iklan yang tular di media sosial mengenai penganjuran majlis tersebut dan bakal dilangsungkan di Sunway di mana ia dilihat akan mengundang lebih banyak budaya negatif dan kerosakan lain.

Menurut Ustaz Hanafi, bantahan itu adalah suara hati penduduk yang mahu pihak Polis dan MPSJ pastikan supaya penganjuran majlis itu tidak berlaku di mana turut menjejaskan imej dan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan.

Hadir sama adalah wakil Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Hamzah Abu Seman dan Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan bersama kira-kira 30 anggota yang lain. – HARAKAHDAILY 1/11/2018

- Advertisement -