Batik nusantara gabung tiga negara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Gabungan pengusaha batik Indonesia, Malaysia dan Thailand perlu diwujud bagi melahirkan reka corak menarik berbentuk nusantara.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, penghasilan sulaman atau batik berbeza antara tiga negara terbabit.

Bagaimanapun, katanya ia boleh digabungkan bersama untuk melahirkan corak yang lebih menarik berkonsep nusantara.

“Jika tiga negara terbabit bergabung akan menghasilkan elemen bersifat nusantara yang saling berkait tentunya dapat diperluaskan lagi pasaran,” katanya selepas menerima kunjungan pengusaha batik Jawa Tengah Indonesia, Nyonya Radia C Syamwil di sini semalam.

Rombongan berkenaan turut mengadakan pertemuan pengusaha batik tempatan, Wan Zainab Wan Ibrahim yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam industri berkenaan. – HARAKAHDAILY 17/10/2018

- Advertisement -