‘Kita berdoa lembut hati beri undi kepada PAS’

- Advertisement -

PORT DICKSON: Selepas dua minggu, akhirnya tiba pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tamat tepat jam 11:59 malam tadi.

- Advertisement -

Banyak yang telah dilalui oleh calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar sepanjang tempoh berkempen.

Biarpun penentuan kemenangan pada hari ini yang mana beliau bakal menemui pesaingnya yang terdiri daripada tokoh terkemuka, namun ia dianggap cabaran kepada Nazari.

Selepas habis berusaha dan berkempen tibalah masanya bertawakal kepada Allah.

Maka telah diadakan taujihat dan munajat perdana yang diadakan di Maahad Tahfiz memohon pertolongan Allah agar mempermudahkan urusan pengundian dan memohon kemenangan diberikan kepada PAS yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Thohiriyah, Taman Selasih, malam tadi.

Solat hajat yang dilaksanakan selepas solat Maghrib telah diimamkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail dan diiringi zikir dan bacaan doa munajat.

Manakala solat Isyak pula diimamkan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed dan calon PAS, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Pelbagai peringkat umur yang hadir bermunajat meminta pertolongan daripada Allah supaya diberi kemenangan kepada PAS di samping mendengar taujihat daripada pemimpin.

Nik Zawawi berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson kali ini akan berpihak kepada PAS.

“Kita doakan kepada Allah supaya melembutkan hati rakyat Port Dickson untuk memberi undi kepada PAS,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/10/2018

- Advertisement -