Tolak PH, undi PAS di PD

- Advertisement -

BULAN Mei lepas rakyat di Port Dickson (PD) keluar mengundi dalam PRU ke 14 bersama rakyat Malaysia yang lain. 13 Oktober nanti selang 5 bulan dengan kos RM3.6 juta mereka ‘terpaksa’ keluar lagi mengundi.

- Advertisement -

Wakil rakyat yang mereka angkat Mei lalu bukannya meninggal dunia seperti di Sg Kandis, Balakong atau Seri Setia malah masih segar hidup. Beliau ‘terpaksa’ letak jawatan semata-mata untuk beri laluan pada ‘bos’-nya Presiden PKR untuk menjadi MP dan kemudiannya nanti konon menjadi PM ke 8.

Demikianlah nasib pengundi PD dengan rakyat Malaysia menanggung kos RM3.6 juta semata-mata kerana agenda parti dan individu tertentu.

Lantaran ghairah mengejar agenda peribadinya calon yang tak sabar mahu menjadi PM ini pula sanggup melakukan apa sahaja asalkan menang dan menjadi MP.

Ada ke nasib dan masalah rakyat PD menjadi tumpuan dan perhatian? Rakyat tak penting kerana itu walau dah pilih wakil rakyat PRU lalu mereka dipaksa pilih lagi.

Rakyat PD sesungguhnya sekadar batu loncatan yang dipijak demi memudahkan calon Pakatan Harapan (PH) menjadi MP dan kemudiannya nanti PM.

Kerana itu bijak-bijaklah menimbang. Nasib dan masa depan rakyat di PD lebih penting dan utama dari agenda peribadi mana-mana pihak.

Tolak PH dan undilah PAS demi PD yang lebih sejahtera. – HARAKAHDAILY 4/10/2018

 

- Advertisement -