Gara-gara Islam rotan orang dewasa

- Advertisement -

SEKALIPUN orang berbelah bagi kini tentang merotan anak dan murid tetapi masyarakat dunia yang bebas syariah mengira kuno merotan orang dewasa. Syariat menyebat itu seperti disorokkan seperti Bani Israil Yahudi dan Bani Israil Nasrani menggelapkan syariat termeterai dalam Taurat dan Injil itu.

- Advertisement -

Seolah-olah merotan anak dan murid boleh diadakan semula tetapi tidak merotan orang dewasa atas apa kesalahan dan jenayah jua sekalipun ia menepati al-Quran bersabit syariah.

Lalu tular antaranya di kalangan orang Islam apabila Mahkamah Syariah Terengganu merotan di khayak umum dua warga dewasa LGBT. Hukumnya belum hudud kerana hudud 100 kali.

Tularnya kesalahan yang diakui oleh warga LGBT itu patut disebat atau penjara atau denda? Tidak semua yang ada enakman membenarkan sebat. Denda dan penjara ada.

Tetapi hukum akalnya, sebat ringan itu yang tidak menyakit dan mencederakan keduanya selesai jalani hukuman beberapa minit saja dan mereka bebas meninggalkan mahkamah. Jika didenda terpaksa bayar beberapa ratus dan jika penjara kena beberapa bulan pula. Tetapi dengan sebat ringan itu mereka bebas jam itu juga.

Yang dipukul Islam bukan tubuh mereka tetapi hati supaya penyakit hati mereka terawat

Islam mensyariatkannya sejak Nabi Musa dan Nabi Isa lagi. Bani Israil Yahudi berpenyakit hati menyoroknya dan Bani Israil Nasrani menyorokkannya. Syariat itu tidak patut ditular oleh orang Islam. Jika orang Islam tidak disambar hatinya oleh penyakit hati kaum Bani Israil itu, mereka mesti beriman dulu dengan syariah.

Mungkin ada kelemahan dan kekeliruan fiqah pelaksanaannya, orang Islam mesti beriman dengannya dulu dan kemudian bersama-sama membaikinya hingga wujud satu peraturan yang sempurna. Bukan jadi kera membaiki labu, ditakuti kelaknya jadi orang kera zaman Nabi Musa, justeru melanggar peraturan menangkap ikan hari Sabtu.

Pemimpin orang Islam di sini yang ke Manila tidak wajar memberi amaran sini terhadap pelaksanaan itu kerana ditakuti ia satu cara memperdaya syariat Allah. Dia patut ke Terengganu dan Kelantan bincang cara menyempurnakannya.

Bukan menempelak Islam dengan mengatakan ia dianggap agama bengis kerana merotan orang tua. Bila penentang Islam bersangka elok tentang Islam. Agama Nabi Musa dan Harun cukup baik tetapi mereka kata Nabi Musa membawa agama sihir dan gila.

Rasulullah SAW bawa dan laksanakan Islam paling adil dan lembut, tetapi mereka kata baginda gila dan kaki sihir terhebat. Sekarang cucu cucu ahli kitab cap agama Nabi Muhammad SAW bawa itu agama keganasan. Keganasan itu bengislah.

Akhirnya jadilah orang Islam itu solat salah tak solat salah. Kata P. Ramlee, jadi semua serba salah.

Antara yang tidak melihat merotan warga LGBT itu satu kewajaran ataupun kebijaksanaan ialah Brother Anwar Ibrahim. Dia takut orang akan salah erti Islam. Tapi apa yang sudah dibuat supaya seluruh dunia tidak salah erti tentang Islam.

Dari dunia bebas hingga ke alam penjara dia membei pandangan yang dikira rasional tentang Islam, saya tidak fikir Netanyahu dan Donald mengira dia seorang yang patut didengar pandangannya.

Terhadap gesaan mendaulatkan syariah di zaman ini seperti yang ada masa ini, jika tidak silap katanya, dia juga berbincang dengan banyak pemikir Islam. Ada pandangan mengira, hal itu bukan keutamaan. Dia memihak kepada pandangan itu.

Dia juga berkawan dengan yang mengatakan, ia satu keutamaan. Apa yang dibuat untuk menyepakati antara dua pendapat itu? Bagaimana dia boleh memihak dengan pandangan satu lagi tanpa menyatukan perbezaan itu? – HARAKAHDAILY 14/9/2018

- Advertisement -