Seri Setia, wajah masa depan Malaysia

- Advertisement -

MALAYSIA terkenal dengan keunikan tersendiri, sinonim dengan kemajmukan agama dan bangsa, serta kepelbagaian tahap pembangunan sosio-ekonomi.

- Advertisement -

Begitulah juga Seri Setia, mempunyai kanvas demografi yang penuh warna-warni, di samping kedudukan ekonomi yang mewakili segenap dimensi.

Kedudukannya yang terletak di pinggir bandar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam, membolehkan Seri Setia mendapat tempias pembangunan yang mempunyai elemen positif dan negatif.

Di Seri Setia, kita boleh melihat orang Melayu, Cina dan India hidup dalam kejiranan yang sama, pergi ke sekolah, pasar dan taman permainan yang sama.

Di Seri Setia, kita boleh melihat rumah pangsa tinggi yang didiami golongan berpendapatan rendah, terletak berdekatan dengan kawasan rumah banglo yang dimiliki orang kaya.

Di Seri Setia, terdapat tiga lebuhraya merentasi utara dan selatan, dua jaringan keretapi menghubungkan timur dan barat, di samping Lebuhraya Persekutuan serta jalan dan lorong yang bersimpang-siur. Malah di dalam kawasan Dun Seri Setia, terdapat sebuah lapangan terbang awam dan landasan pesawat tentera udara juga.

Di Seri Setia, terdapat masjid, kuil, tokong dan gereja yang besar, hidup dengan penuh rukun dan tertib. Selain itu, terdapat beberapa gedung beli-belah yang sentiasa sesak, di samping deretan kedai dan tapak pasar malan yang sentiasa sibuk.

Kesemua elemen positif pembangunan ini perlu dipertingkatkan, namun jangan pula dilupakan elemen negatif yang perlu diberi perhatian bersama.

Di sebalik senyum dan tawa anak-anak rumah pangsa, mereka terdedah dengan ancaman gejala sosial seperti budaya pergaulan bebas, ponteng sekolah, gangsterism dan penyalahgunaan dadah. Aspek pendidikan dan pengawalan tersangat diperlukan.

Di sebalik senyuman di wajah ibu dan bapa, warga kota di Seri Setia terdedah kepada risiko ‘kemiskinan bandar’, berhadapan dengan bebanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang, di samping kebimbangan untuk membesarkan anak dalam suasana ekonomi dan sosial yang penuh cabaran.

Kepelbagaian demografi dan tahap sosio-ekonomi di Seri Setia ini menuntut perhatian dan kerjasama semua pihak, khusususnya dalam aspek pendidikan, kesihatan, dan kelangsungan hidup rakyat, Di sinilah pentingnya warga Seri Setia melantik seorang wakil rakyat yang menjiwai denyut nadi rakyat, bagi mewakili suara rakyat dan menjuarai perjuangan meningkatkan taraf hidup rakyat.

PAS meletakkan calon terbaik sebagai pilihan di Seri Setia. Dr Halimah Ali adalah seorang pemimpin yang berilmu, berakhlak dan berkebajikan, di samping berpengalaman dalam membangunkan taraf hidup, kualiti pendidikan dan modal insan di Selangor.

Pengundian di Seri Setia bakal memberi isyarat penting kepada negara, kerana Seri Setia adalah wajah masa depan Malaysia. Semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada PAS di Seri Setia.

#DH4SS
#PAS4ALL

Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi Pemuda PAS
7 September 2018 – HARAKAHDAILY 7/9/2018

cina

- Advertisement -