Muqaddimah Maza Yakni, umat yang alpa

- Advertisement -

“BANYAK gerakan-gerakan dan ramai pula pemimpin yang turut gugur tercicir apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran masa kini kerana gerakan dan pimpinan berkenaan tidak mempunyai asas-asas persediaan yang membolehkan mereka terus kekal dan berterusan.

- Advertisement -

“Semua sistem, prinsip, gerakan dan pimpinan berkenaan gugur lenyap kerana ia tidak lebih dari slogan-slogan kosong lagi palsu, tidak mempunyai nilai dan mutu”

(Fathi Yakan)

Buku “Apa Erti Saya Menganut Islam” merupakan bahan asas tarbiyyah gerakan-gerakan Islam. Malangnya ia dianggap terlalu biasa sedangkan buku tersebut sarat menyenaraikan tajuk-tajuk yang perlu dikupas secara terperinci.

Bahagian Muqaddimah adalah sesi pengenalan yang cukup penting untuk ditelaah. Ustaz Fathi Yakan menjelaskan kemelut yang menimpa umat Islam, antara kelemahan jati diri umat dan keghairahan musuh merosakkan umat dari segenap penjuru. Beliau bercerita berkenaan pertembungan ideologi serta betapa umat Islam diperalat untuk menjadi hamba pelaksana kepada dasar kuasa-kuasa besar.

Masalahnya sekarang, umat bahkan para pendakwah masih tidak sedar akan tanggungjawab mereka seiringan dengan ancaman semasa yang cukup mencabar. Kebimbangan Ustaz Fathi Yakan itulah yang perlu kita fikirkan bersama.

ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
5 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 5/8/2018

- Advertisement -