Penstrukturan semula skim guru Yik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penstrukturan semula skim perkhidmatan guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) dilaksanakan secara berperingkat bermula April lepas.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, seramai 354 guru terlibat dalam proses itu.

Menurutnya, mereka merupakan guru gantian atau sandaran yang diserap kepada status guru berelaun yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.7 juta setahun.

“Selepas ini lantikan guru baru akan terus dilakukan kepada jawatan guru berelaun iaitu seramai 80 tahun ini akan dilantik bagi mengisi kekosongan.

“Usaha ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.9 juta setahun,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Saiful Adli Abu Bakar (PAS-Salor) pada persidangan Dun hari ini.

Pada manifesto Pilihan Raya Umum lalu PAS mengumumkan untuk menaiktaraf guru-guru sekolah Yik dari lima kepada dua kategori skim perkhidmatan. – HARAKAHDAILY 24/7/2018

- Advertisement -