Tangki air SMA Chenor pecah

- Advertisement -
MARAN: PAS ucap takziah kepada semua terlibat dalam kejadian tangki air Sekolah Menengah Agama Chenor pecah pada jam 6.15 pagi tadi.
 
Kemalangan itu menyebabkan beberapa buah kenderaan milik sekolah rosak teruk.
 
Adun Chenor, Ustaz Mubijurrahman Ishak melawat tempat kejadian dan menyifatkan kemalangan itu adalah diluar jangkaan kerana jarang sekali kemalangan seumpama itu berlaku.
 
Kemalangan itu tentunya menyukarkan pelajar dan warga sekolah kerana tangki tersebut membekalkan air kepada pengguna disitu khususnya pelajar sekolah.
 
Mujiburrahman akan berbincang dengan pihak Pengurusan Air Pahang serta agensi kerajaan lain bagi mencari jalan menyelesaikan isu bekalan air dikawasan terlibat. -HARAKAHDAILY 11/7/2018
 
- Advertisement -