Tahniah Pahang juarai Piala FA

- Advertisement -
TEMERLOH: PAS Negeri Pahang mengucap tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Pahang yang menjuarai Piala FA 2018 selepas menewaskan Selangor 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, persembahan sang Juara amat menarik dan bersemangat itu melayakkan pasukan Pahang menjuarai Piala FA untuk kali ketiga (2006, 2014 dan 2018).
 
Gol Pahang dijaringkan oleh Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-22 melalui sepakan kencang dari luar kawasan penalti, manakala Patrick Dos Santos Cros menambah jaringan melalui sepakan penalti pada minit ke-63.
 
Pemuda PAS menyediakan skrin besar di kebanyakan Markas PAS bagi menarik peminat bola sepak menyaksikan perlawanan tersebut termasuk di Kompleks Al-Makmur, di Kerdau. -HARAKAHDAILY 8/7/2018
 
- Advertisement -