Kebersamaan penjawat awam dan ahli politik

- Advertisement -

ORANG tua ajar kita berpolitik, jangan bermusuh dengan kakitangan kerajaan, jangan ugut penjawat awam dan jangan jadikan penjawat awam subjek sasaran politik kita.

- Advertisement -

Kita orang politik adalah pembuat dasar, penjawat awam perlaksana dasar. Dulu semasa BN memerintah, mereka melaksanakan dasar BN. Sekarang PAS memerintah, mereka sepatutnya melaksanakan dasar kita. Konsep goverment of the day sepatutnya menjadi amalan.

Setakat ini alhamdulillah, di bawah Portfolio Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa kita berjaya bentuk dan jalinkan kerjasama yang sangat baik antara Exco dan penjawat awam. Jawatankuasa Pertanian Negeri ada mengandungi 33 Jabatan dan Agensi. Konsep bersemuka, bermesyuarat dan turun padang antara pendekatan yang kita guna agar jalinan kerjasama ini akhirnya memanfaatkan rakyat.

Saya ungkapkan kepada Pengarah-pengarah Jabatan, saya tak perlu jadi seorang Exco yang ditakuti. Ia tidak bermanfaat. Tapi marilah kita bentuk hubungan saling menghormati antara kita. Ada masa kita formal dan serius dalam bekerja. Ada masa kita boleh sembang santai dengan mesra.

Beberapa jabatan dan agensi yang telah dilawati memberikan maklum balas positif. Kita tak perlukan lawatan formal dengan persiapan rapi. Yang penting matlamat nak jumpa penjawat awam tercapai.

Memberi amaran dan mengugut penjawat awam ialah tindakan ahli politik pesen lama out of date. Tak laku dah sekarang.

YB DR AZMAN IBRAHIM 
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 23/6/2018

- Advertisement -