Hubungan PAS-Kerajaan Persekutuan

PAS
- Advertisement -

PASCA PRU-14 berlakunya perubahan politik negara apabila Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Manakala PAS berjaya menawan kembali Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Maka timbul desas-desus di kalangan rakyat tentang hubungan PAS dengan Kerajaan Persekutuan.

- Advertisement -

Maka saya jelaskan secara ringkas bagi memahami pendekatan PAS dalam membina hubungan dengan Kerajaan Persekutuan, berasaskan kepada 4 konsep:

1. Mengamalkan konsep Ta’awun Siyasi. PAS akan menyokong segala dasar dan usaha baik yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan, pada masa sama akan menentang segala dasar dan usaha yang membawa ke arah keburukan dan kejahatan.

2. Muwajayah Silmiyyah. PAS mendahulukan jalan damai dengan menghormati sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Sebarang tindakan menghuru-harakan dan mengkucar-kacirkan keamanan negara tidak akan disokong.

3. Menghormati konsep federalisme. Kerajaan Persekutuan perlu menghormati hak demokrasi rakyat yang memilih kerajaan negeri selain Pakatan Harapan. Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan PAS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan demi kepentingan rakyat dan negeri seluruhnya.

4. Konsep kerajaan memerintah semua rakyat. Bagi pihak kerajaan negeri mahupun pusat perlu mengasihi dan menjaga rakyat tanpa mengira latar belakang kerana kerajaan memerintah rakyat pelbagai kaum, bangsa dan fahaman politik, bukan hanya ahli partinya sahaja.

Sekian, wallahu’alam.

Abdul Malik Ab Razak
Setiausaha Akhbar Presiden PAS

- Advertisement -