Kamilia ucap tahniah kepada muslimat PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tahniahlah saya ucapkan dan selamat maju jayalah kepada semua calon-calon yang bertanding,” kata Dato’ Kamilia Ibrahim sebagai respons terhadap manifesto Tawaran Wanita Sejahtera.

- Advertisement -

Katanya, Tawaran Wanita Sejahtera merupakan sebuah manifesto yang komprehensif untuk wanita, keluarga dan warga Malaysia.

Menurutnya, manifesto itu menjangkau bukan sahaja sekadar kebajikan malah kesihatan, ekonomi, sokongan sosial, keseimbangan kehidupan kerja dan juga isu-isu semasa yang menjadi masalah sosial.

Beliau berkata, kesejahteraan warga pendidik yang merupakan perkara yang penting untuk memastikan pendidikan kanak-kanak dapat diberikan perhatian oleh guru.

“Buat masa ini, walaupun anak-anak pi sekolah tetapi oleh kerana tidak cukup pengawasan, kita dapati bahawa banyak yang terjebak dalam masalah sosial. Terutama sekarang masalah sosial adalah dadah.

“Saya rasa dengan adanya peruntukan-peruntukan ini, insya Allah kita akan dapat lihat bahawa terjaminnya masa depan kanak-kanak dan keluarga,” katanya yang turut hadir pada majlis pelancaran manifesto itu yang disempurnkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh di Sungai Buloh, malam tadi. (Foto daripada Fb Dewan Muslimat PAS Malaysia.)

Dato’ Kamilia merupakan bekas Naib Ketua Wanita Umno yang telah menyertai PAS.

Sementara itu, Manifesto Tawaran Wanita Sejahtera itu dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan dibentangkan oleh timbalannya, Dr Rosni Adam.

“Manifesto ini dirangka diatas beberapa asas yang diambil dari Al-Quran tentang penghormatan terhadap wanita, wanita prinsip Islam dan keperluan penglibatannya dalam masyarakat.

“Tawaran khas untuk wanita ini dilihat muhasabah dsn tepat masanya memandangkan jumlah pengundi wanita sudah melibihi 50 peratus daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar,” kata Ustazah Nuridah.

10 Tawaran Wanita Sejahtera

1. Menawarkan baucar makanan sihat berniali RM600 dan baucar bantuan saringan kesihatan bernilai RM300 bagi kumpulan B40 dan M40.

2. Menawarkan bantuan dana secara oneoff sebagai modal peralihan wanita berkejaya dan suri rumah untuk memulakan pekerjaan dari rumah bagi menambahkan pendapatan keluarga.

3. Membantu golongan wanita yang dianiaya seperti mewujudkan Tabung Sejahtera Wanita Malaysia dalam memperkasakan kecaknaan sosial.

4. Keseimbangan di antara kehidupan dan kerjaya dengan mewujudkan skim pekerjaan pengendalian kediaman profesional (PKP) bagi membantu wanita berkerjaya dalam hal pengurusan rumahtangga di samping membuka peluang pekerjaan baharu kepada wanita.

5. Kesepaduan sistem sokongan sosial, tawaran wanita sejahtera menggagaskan Pusat Komuniti keluarga sejahtera (PKKS) agar ditubuhkan dan menyemak semula insentif kewangan dan fiskal kepada syarikat swasta yang menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak.

6. Tawaran wanita sejahtera juga mengambil kira dalam melebarkan fungsi pusat sokongan sosial kepada warga emas semua bangsa dan juga agama.

7. Pemerkasaan akta dan sistem saringan keselamatan ICT terhadap akses bahan-bahan berunsur lucah dan keganasan

8. Kesejahteraan warga pendidik dengan menurunkan nisbah keseimbangan guru dan murid daripada 1:50 kepada 1:30 dalam memenuhi piawaian polisi pendidikan antarabangsa. – HARAKAHDAILY 27/4/2018

kamilia

- Advertisement -